Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuantua
yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe danmenjualnya di
pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara
hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untukpergi
menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada
kacang kedelai hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Biasaannya tempe
beliau telah masak sebelum berangkat. Diperiksanya beberapa bungkusan yang
lain. Ternyatalah memang semuanya belum masak lagi. Perempuan tua itu berasa
amat sedih sebab tempe yang masih belum jadi pastinya tidak akan laku dan
tiadalah rezekinya pada hari itu.
Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat
akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara
ajaib, bahwa bagi Tuhan tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat
keduatangannya sambil berdoa , "Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang
kedelai ini menjadi tempe. Amin"Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan
dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya.
Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan
hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan
keajaiban kacang soya itumenjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab
kacang tu masih tetap kacang kedelai. Namun dia tidak putus asa, sebaliknya
berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun
mengangkat kedua tangannya semula danberdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa
tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapatmenjual tempe
kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang kedelaiku ini
kepada tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi
membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan
apabila tempenya masih tetap begitu!!
Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mulai
didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.
Walaubagaimanapun karena keyakinannya yg sangat tinggi dia meneruskan untuk
tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu.
Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar
sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan
masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi dalam perjalanannya
kepasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk
berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku
berjalan menuju kepasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah
tempe ini.Amin".
Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca
doa di dalam hatinya. Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan
barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah
menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan
menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempeyang ada. Perlahan-lahan dia
membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi?
Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas
dalam-dalam. Dalam hatinya sudahmula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada
Tuhan kerana doanya tidakdikabulkan. Dia merasakan Tuhan tidak adil. Tuhan
tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya sumber rezekinya, hasil jualan
tempe.
Dia akhirnya cuma duduk saja tanpa memamerkan barang jualannya sebab dia
berasakan bahwa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh jadi.
Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli
sudah mulai kurang. Dia melihat-lihat kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe
mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi
kenyataan bahwa hari ini tidak ada hasil jualan yang bisa dibawa pulang. Namun
jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan
akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat
pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir,
"Tuhan,berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi
ini.
"Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya,
saya ingin bertanya, apa ibu menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya
sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum ketemu
lagi."Dia termenung dan terkanget-kaget seketika. Hatinya terkejut sebab
sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya
mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita di
depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku
tidak mahu tempe ini jadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup
tempenya. Alangkah kagetnya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum
menjadi!
Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan. Wanita itu pun
memborong habis semua tempenya yang belum jadi itu. Sebelum wanita tu pergi,
dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum
jadi?" Wanita itu menerangkan bahwa anaknya yang kini berada di Inggris
ingin makan tempe dari desa. Dikarenakan tempe itu akan dikirimkan ke England,
si ibu tadi membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di Inggris
nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah jadi,
nanti di sana tempe itu sudah tidak enak lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun keheranan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah
dimakbulkan oleh Tuhan...
Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa,padahal
sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apayang terbaik
untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagaihambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa
yangdipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai
denganrancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan
Tuesday, 13 November 2012
Kehidupan
14:02
Unknown
No comments
Anda Sedang Membaca Artikel Kehidupan. Author Membolehkan Anda mengcopy paste atau menyebar-luaskan artikel ini, namun jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya
Article : Kehidupan
Related Posts
0 Comments